RANCANGAN PENGAJARAN

Bidang:                               Nombor dan operasi

Tajuk:                                 Wang hingga RM 100

Tahun:                                 2

Standard Kandungan       Murid dibimbing untuk:
8.4        Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan operasi tambah dan operasi tolak

Standard Pembelajaran:    Murid berupaya untuk:
(i)     Mereka cerita berdasarkan ayat Matematik tambah dan tolak yang melibatkan wang.
(ii)   Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan operasi tambah dan tolak berkaitan dengan wang.

Masa:                                   60 minit

Fasa
Cadangan Aktiviti
Cadangan Komunikasi
1. Persediaan

Pemerhatian dan Analisis
a.Guru menunjukkan contoh wang kertas RM 100, RM 50, RM 10, RM 5, RM1 dan wang syiling 50 sen, 20 sen, 10 sen dan 5 sen.

b.Dua orang murid memilih wang kertas dan murid-murid lain menyebut jumlahnya.

c. Murid melengkapkan ayat Matematik yang disediakan guru.







d. Seorang murid memilih sejumlah wang. Setelah dia menggunakan sebahagian wangnya, murid-murid lain menyatakan jumlah wang yang tinggal.



e. Murid melengkapkan ayat Matematik yang disediakan oleh guru.
Sebutkan nilai wang yang dipamerkan ...




Soal jawab secara lisan:

  1. Ana ada RM _____?
  2. Aini ada RM _____?
  3. Jumlah wang Ana dan Aini ialah RM ____?

Mari kita mereka cerita.

Ana ada RM ____. Aini ada RM ____. Jumlah wang mereka adalah RM _____?

Soal jawab secara lisan

  1. Berapakah wang yang ada pada Ida?
  2. Jika Ida mendermakan RM 10, berapakah wangnya yang tinggal?



Ida ada RM ____. Dia mendermakan RM ____. Wang yang tinggal pada Ida adalah RM ____.

Contoh:
RM 20 – RM 10 = RM 10

2. Imaginasi

Penjanaan Idea





Sintesis Idea
a. Murid diberikan satu situasi berdasarkan jadual.

Situasi 1:
                     RM 30

                     RM 20

       RM 30 + RM 20 = RM 50


Situasi  2:



       RM 50 - RM 30 = RM 20

Aktiviti:
Pamerkan ayat Matematik dan membimbing murid membina soalan penyelesaian masalah berdasarkan jadual.

1.   RM 30 + RM 20 = RM 50

Contoh:

i.              Saya ada RM 30. Adik ada RM 20. Jumlah wang kami ialah RM 50.

ii:      Saya ada RM 30. Ayah beri RM 20. Jumlah wang saya ialah RM 50.
























Guru membimbing murid mereka cerita.

______ ada RM 50.

Dia __________ RM 30.

 Baki wangnya RM _______

Contoh:

1.   Kamal ada RM 50. Dia membeli buku RM 30. Baki wangnya ialah RM 20.

2.   Zali ada RM 50. Dia menderma RM 30. Baki wang ialah RM 20.

3.   Liza ada RM 50. Dia memberikan ibunya RM 30. Wang yang dia ada sekarang ialah RM 20.

3. Perkembangan

Penambahbaikan











Menilai
Aktiviti 1:

Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan.

Guru menyediakan 4 stesen:

Stesen A

Reka cerita berdasarkan ayat Matematik diberi.

RM 35 + RM 13 + RM 48

Stesen B

Reka cerita berdasarkan ayat matematik diberi.

RM 50 – RM 26 = RM 24

Stesen C

RM 10, RM 5, 50 sen, 20 sen

Linda ada sejumlah wang seperti di atas. Dia membeli sepotong kek berharga RM 3.50. Berapakah baki wangnya?

Stesen D

Di dalam tabung Amira ada RM 40.30. Hari Selasa dia menyimpan RM 3.20. Hari Rabu sebanyak RM 5.70. Berapakah jumlah wang dalam tabungnya sekarang?

Setiap kumpulan akan melawat keempat-empat stesen mengikut pusingan jam.



Setiap kumpulan membina ayat penyelesaian masalah di setiap stesen.


4. Tindakan

Pelaksanaan




Amalan Berterusan
Berdasarkan lawatan keempat-empat stesen, setiap kumpulan mereka cerita berpandukan ayat Matematik yang diberi.

Ayat Matematik:

RM30 + RM 50 = RM ____

RM 80 – RM 25 = RM ____

RM 55 – RM 37.90 = RM ___
Guru membimbing murid mereka cerita dan menyelesaikannya.

Contoh:

-Kami menerima hadiah kelas tercantik sebanyak RM 30.

-Kami menerima RM 50 lagi kerana menang program banyak membaca

-Kami membeli alat tulis bernilai RM 25

-Kami membeli pakaian sukan berharga RM 37.90
Pentaksiran

http://www.ictgames.com/payForIt/index.html

Nilai dan sikap
Berjimat cermat, rajin, bekerjasama dan tolong-menolong.

1 comment: